Wednesday, June 8, 2011

aku nak tanye kau !!!! (lelaki)

aku ada soalan untuk kau.
ya. kau. lelaki.

adakah kau akan terima jika jodoh kau adalah seorang perempuan yang dah tiada dara?

kau orang baik-baik. jaga solat. sentiasa berkata yang baik-baik. kau tak hisap rokok. kau belajar dekat mesir. kau pernah jadi guru/murid tahfiz. tapi bila sampai jodoh, kau dapat isteri yang dulunya seorang perempuan yang tergadai maruah. kau terima kah?

kau kenal dengan seorang gadis. bertudung. lemah lembut. pandai masak. pandai jaga hati kau. dan kau berkahwin dengan dia. lepas kahwin. dia akhirnya buka rahsia yang dia anak anak luar nikah yang tidak berayah. apa yang kau lakukan?

ceraikan dia? pukul dia?

kau pernah terlanjur dengan seorang gadis. dan kau tak mahu bertanggungjawab atas kejadian tu. jika tiba-tiba ditakdirkan dia jodoh kau. kau terimakah?

kau punya rasa minat terhadap seorang gadis dikampung kau. sangat minat. sehingga kau punya hasrat untuk melamarnya. satu hari kau dapat berita bahawa gadis yang kau minat tu  mengandung anak luar nikah. dan ayahnya lari tidak mahu bertanggungjawab. sanggupkah kau jadi pengganti ayah bayi tu? sanggupkah kau kahwini gadis yang kau minat tu?

jika benar kau. yang sedang membaca ini seorang lelaki. aku cabar kau.
jawab kesemua soalan ini.


bukan ape. tiba-tiba aku teringat cerita cerekarama 13 haribulan 2 lepas. pasal anak haram yang bukak pusat kewaja tu. ala yang berlakon sheila rusly. dia anak haram. bila dia dah tua dia bukak pusat perlindungan untuk gadis-gadis yang terlanjur. sumpah aku nangis tengok cerita tu.

dan aku tergerak hati untuk buat entri ni.

aku baca banyak blog. sangat banyak blog. yang mengutuk gadis yang takde dara. dan pastinya. blog lelaki.
kenapa? kenapa kau pandang jijik perempuan yang takde dara? walau kau rasa kau suci. suci kah ibadah kau disisi Dia?

cerita tu buat aku sedar. tak semestinya gadis yang takde dara tu jahat. kotor. tak layak dilayan macam orang baik-baik. sebab gadis ini jugak akhirnya akan insaf dan jadi lebih baik dari orang kebanyakan.

aku nak tanya kau. jika kau ada dua pilihan. untuk pilih gadis yang lemah lembut. baik. pandai berumah tangga dan tak tinggal solat. tapi daranya dah hilang. atau gadis yang masih dara. berpelajaran tinggi. kaya. tapi ego. merendahkan martabat kau sebagai lelaki. dan mengasari kau.

yang mana kau pilih?

tolonglah. aku lemas tengok lelaki yang merendah kan kaum hawa ini yang puncanya dari lelaki sendiri. ingatlah. tak semestinya gadis yang takde dara akan jadi daging yang busuk sampai dia tua. tak semestinya semua salah dia. fikirlah.

memang benar. mulanya gadis. dia yang pakai seksi. goyahkan keimanan kau. tapi akhirnya kaum adam yang mengutuk gadis-gadis ni. mengeji ibarat semua salah si perempuan. sedangkan si adam juga 'menikmati'. tak terasa bodohkah kau?

kau kutuk pasangan yang terlanjur. kau kutuk gadis yang mengandung luar nikah. kau kutuk sekolah hamil. tapi kau, kau yang tonton porno. kau yang simpan 3gp. bukankah kau juga menikmati? bukan kah kau juga yang goyahkan iman sendiri?

tangan aku menggigil. dan aku menangis ketika taip entri ini.

No comments:

Post a Comment