Friday, June 10, 2011

Aaron Aziz Mengaku Kuat Bergaduh....



“SAYA sebenarnya tidak pernah mengikuti kelas mempertahankan diri, tetapi apa yang dilakukan berdasarkan pengalaman. Dulu, saya kuat juga bergaduh ketika zaman muda-muda, jadi ilmu itulah digunakan untuk babak-babak pergaduhan dalam filem ini.
 
“Saya yakin jika filem Thailand dan Hollywood mampu melakukan filem aksi dengan baik, kita juga tidak ketinggalan. Ini antara filem terbaik kerana ia memaparkan 80 peratus aksi tanpa mengetepikan elemen drama,” katanya.

Aaron berkata, kejayaan Evolusi KL Drift 2 memberi impak paling besar apabila menerima maklum balas ramai peminat yang menggemarinya sebagai gangster atau pengedar dadah berhati tegar.“Filem KL Gangster bukan hanya mengupas dan menyelongkar kegiatan kongsi gelap secara lebih mendalam, namun idea pembikinannya dipengaruhi filem aksi Hong Kong. 

Bagaimanapun, KL Gangster nampak lebih segar daripada sudut persembahan dan jalan ceritanya. KL Gangster memberi fokus kepada babak pergaduhan atau street fighter,” katanya.KL Gangster mengisahkan dua beradik yang terjebak di dalam dunia gangster, Malek dan Jai. 

Si abang, Malek dipenjarakan selama lima tahun akibat dikhianati ahli kumpulannya sendiri yang didalangi anak tiri King iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Kuala Lumpur bernama Shark.Malek ingin mengubah persepsi masyarakat dan menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap apabila bebas kelak. 

Malek cuba membaiki kehidupan diri dan keluarganya, selain harus memberi perhatian pada ibunya yang uzur. Namun, Malek sering kecewa kerana bekas banduan sepertinya sentiasa dipandang negatif masyarakat sekeliling. Pada masa sama, Malek berdepan dengan masalah moral adik perempuanya, Zati yang juga pengedar dadah. Malek turut diganggu gangster lain yang masih berdendam dengannya sehinggalah King menghulurkan bantuan.Bagaimanapun, Shark tidak berpuas hati kerana ingin menjadi `Raja Gangster’ di Kuala Lumpur.
 
 
 
WATAK Malek, seorang gangster jalanan menguji ketahanan Aaron Aziz. Dia bukan hanya dituntut untuk beraksi lasak malah turut tercedera apabila terbabit dalam 80 peratus babak pergaduhan dalam filem KL Gangster yang akan ditayangkan bermula 9 Jun ini.

Akibatnya, Malek terpaksa merengkuk dalam penjara dan di situlah dia mulai insaf selepas lama dipenjarakan, sekali gus membentuk dirinya untuk menjadi pemuda yang lebih baik pekertinya. Malek cuba menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang sudah tua tetapi bekas banduan tetap dipandang serong masyarakat adalah dilema yang dihadapi Malek.
Persekitaran yang sering mengganggu dirinya membuatkan Malek terpaksa juga terjebak lagi dalam pergaduhan jalanan.
Watak antagonis bukan asing buat diri Aaron tetapi dek kemahuan pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof mahu babak pergaduhan dilakukan sendiri tanpa menggunakan pelakon lagak ngeri menyebabkan lutut Aaron tercedera, selain mendapat beberapa luka kecil.

Ketika itu, Aaron bukan saja tidak boleh bergerak, malah berdiri dan berjalan pun tidak terdaya akibat kecederaan selepas babak bergaduh dengan pelakon Ady Putra. Bagaimanapun, penggambaran tetap diteruskan, memaksa mereka membawa tukang urut di lokasi penggambaran.

KL Gangster bergenre aksi terbitan Skop Productions Sdn Bhd akan menemui penonton menerusi 90 pawagam di seluruh negara bermula pada Khamis, 9 Jun ini. Selain Aaron selaku Malek, filem kelima arahan Pengarah Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-24 itu turut dibintangi Syamsul sendiri (Shark), Ady Putra (Jai), Sheera Iskandar (Zati), Ridzuan Hashim (King), Shoffi Jikan (Ajib), Zizan Raja Lawak (Fadil), Adam Corrie (Dragon) dan Ku Faridah (Ibu).

Aaron menjelaskan, KL Gangster adalah filem keempatnya bekerjasama dengan Syamsul selepas Evolusi KL Drift 1, Evolusi KL Drift 2 dan Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam. 
Jadi, akuinya, dia sudah faham dengan cara dan kehendak Syamsul selaku pengarah.

“Saya dan Syamsul sudah sebati keserasiannya, saya tidak pernah mempersoalkan kenapa dan mengapa jika sesuatu babak perlu dilakukan. Syamsul berfikiran terbuka, dia selalunya memberi peluang kepada pelakon berkongsi idea. Malah, tiada dialog disediakan melainkan panduan, ia menjadikan dialog lebih spontan dan bersahaja.

“Bagaimanapun, berlakon dalam filem aksi bukannya mudah, dalam 20 hari penggambaran dijalankan, hanya tiga hari tiada babak pergaduhan. Saya tercedera di lutut ketika babak berlawan dengan Ady, ketika itu kaki saya dirembat dengan kayu pemukul, kesannya saya tidak mampu berdiri, jauh sekali berjalan atau berlari.

 
 
ramai tak ramai la kan bduak DRGAON...
 
 
KL GANGSTER memang bez..SUMPAH BEZ...
 
 


No comments:

Post a Comment