Thursday, September 8, 2011

KITARAN PENYEJUKKAN ASAS!!!!

KITARAN....!!!

KITARAN ASAS PENYEJUKAN PENGHAWA DINGIN!!!






KITARAN ASAS PENYEJUKAN - REFRIGERANT CYCLE
(Basic Cycle)



PEMAMPAT -

Pemampat berfungsi untuk menyedut wap bahan pendingin yang bertekanan dan suhu yang rendah dari penyejat dan dimampatkan sehingga menjadi tekanan dan suhu yang tinggi lalu di singkirkan ke pemeluwap untuk proses selanjutnya.




PEMELUWAP -

Setelah menerima wap bahan pendingin dari pemampat, pemeluwap akan menyingkirkan haba yang wujud disebabkan oleh proses mampatan dan sejatan. Semasa proses penyingkiran haba berlaku, wap bahan pendingin akan bertukar bentuk menjadi cecair bahan pendingin dan disalurkan ke Peranti Pemeteraan.


PERANTI PERMETERAN -


► Peranti Pemeteran berfungsi untuk merendahkan suhu dan tekanan. Selain daripada itu, ia juga berfungsi untuk mengawal cecair bahan pendingin supaya cecair bahan pendingin berkenaan berada dalam keadaan yang bertekanan dan suhu yang rendah.


PENYEJAT -


Penyejat berfungsi untuk menyerap haba dari tempat yang perlu didingin. Semasa proses penyerapan berlaku, proses sejatan juga berlaku serentak di mana cecair bahan pendingin akan bertukar bentuk menjadi wap bahan pendingin yang bertekanan dan suhu yang rendah. Proses ini akan berulang semula.
SEKIAN TERIMA KASIH!!!HOHOHO :P